Isnin, Mei 05, 2025

Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi. Banyak yang telah berlaku sepanjang minggu lepas antaranya boss baru masuk ke tempat kerja aku. Disebabkan adanya pertambahan bangunan baru maka ada juga penambahan staf IT, untuk IT ada penambahan beberapa staf termasuk seorang boss gred F12. Dapat boss perempuan pula kali ini, harap baik-baik sahaja. Kerja semakin hectic kerana ada banyak urusan apabila ada pertambahan lokasi dan perkhidmatan baru. Kami dijangka pindah lagi dua minggu dan hari ini telah mula operasi di bangunan baru untuk 4 jabatan dahulu.

Hari Sabtu baru ni ada acara Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia. Jika sebelum ini acara bagi zon utara di adakan di UNIMAP kali ini di USM. Bila tahu USM terus sahaja aku berminat nak ikut wife punya program ni. Macam sirih pulang ke gagang jugalan kerana lama juga bekerja di USM dahulu. Di sinilah keluarga kami bermula. 

Kami sengaja rancang untuk sampai lebih awal supaya dapat bersarapan di Subaidah. Wah sungguh menggamit kenangan. Dulu-dulu kena mengendong anak sekarang dah 15 tahun pun anak perempuan tu. Cepat masa berlalu. Apa pun di Subaidah kerana mungkin agak ramai orang makan pilihan menunya tak banyak, mulanya nak order Roti Malaysia (roti bakar dengan telur separuh masah di atasnya) tetapi tak ada pula. Tak mengapalah cuma order roti telur sahaja 3 supaya dapat menjimatkan masa menunggu dan memudahkan pekerja restoran.

Di acara Jom Masuk U ada juga jumpa kenalan-kenalan lama dan bagi wife macam artis pula gayanya. Ialah dia dah di kementerian dan bila datang mewakili kementerian ni lain macam sambutannya. Wife pula memang banyak juga kenalan satu USM tu. Selesai acara perasmian kami ronda-ronda booth, bagi anak feel sikit semangat orang nak masuk universiti walaupun dia baru tingkatan 3. Selesai itu kami ke booth makanan pula dan balik ke rumah. 

Ringkas sahaja catatan kali ini. Jangan lupa meninggalkan sedikit ulasan. 

Isnin, April 28, 2025

Travelog Shkoder, Tirana (Albania) dan Ohrid (North Macedonia)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Marilah kita sambung siri pengembaraan Balkan 2025 yang telah berlaku pada bulan Januari lalu. Mungkin ada dua atau tiga lagi catatan baru siri pengembaraan ini akan tamat. Jika hari sebelum kami melalui 4 buah negara, catatan hari ini hanya merangkumi 2 buah negara iaitu Albania dan North Macedonia. Penting untuk dicatatkan di sini ialah guide kami berasal dari North Macedonia lebih tepatnya di Ohrid, salah satu destinasi penting dalam pengembaraan ini pada hari ini. 

Sebelum memulakan perjalanan, recap sedikit perkara yang berlaku pada malam tadi ketika nak check ini ke hotel. Rupanya berdekatan hotel kami menginap iaitu Alis Hotel adanya kedai pakaian LC Waikiki. Sebelum trip ini aku tak tahu pun tentang LC Waikiki tetapi ada ahli trip yang beri tahu tentangnya, di KL telah pun ada satu atau dua branch. Pada aku LC Waikiki ini sesuai untuk yang mencari pakaian harian dengan harga berpatutan, kualitinya bagus dan katanya brand ini berasal dari Turkey. Selepas check-in aku dan isteri bergegas ke LC Waikiki, bukan ada apa nak beli sangat pun cuma agak teruja sahaja. Waktu itu dah hampir jam 9 malam dan kedai dah nak tutup. Banyak juga offer terutamanya pakaian musim panas. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya di Alis Hotel, sempat juga basuh pakaian dalaman sebelum tidur dan sangkut dekat heater. 

Pagi itu kami meneruskan perjalanan dari Shkoder, Albania ke Ohrid, North Macedonia melalui ibu negara North Mecedonia iaitu Tirana. North Macedonia ini biasanya orang akan sebut Macedonia sahaja, cuma dari segi konflik perebutan kawasan dan nama kalau tak silap Bulgaria tidak membenarkan guna nama Macedonia kerana pada mereka Macedonia adalah sebahagian mereka. Perjalanan agak panjang dan kami jangka ada adalah tour di Tirana rupanya seperti lintas sahaja di Tirana, mungkin kesuntukan masa untuk mengejar aktiviti di Ohrid atau tour guide kami yang teruja nak menunjukkan kampung asal-usulnya kepada kami. 

Tengah hari itu kami berhenti rehat di Kompleksi Nogu yang masih dalam negara Albania. Di sini ada kawasan yang luas, ada toilet yang di jaga oleh anjing besar yang menyebabkan serba salah sama ada nak masuk atau tidak huhuhu. Lega dapat meregangkan otot-otot di sini. Kawasan ini sebenarnya agak terpencil tetapi agak lengkap juga. Tengah hari tu seronok betul sebab dapat makan nasi yang berwarna kuning bersama potongan daging yang besar juga. Kami juga dihidangkan dengan dessert seperti puding yang sedap. Macam biasa sentiasa setiap hidangan disediakan air mineral. Kalau nak air manis kena order sendiri. Sebelum naik bas kami sempat beli kopi dan sebelum bertolak kami solat dalam bas kerana tak jumpa kawasan yang bersih.

Kami tiba di Ohrid dalam jam 2PM. Di sini kami dihidangkan dengan permandangan tasik Ohrid yang sangat cantik. Aktiviti kami di sini ialah tour dengan bot mengelilingi tasik Ohrid. Aktiviti ini merupakan aktiviti pilihan dan kos bagi tiap peserta ialah 40 Euro jika tak silap. Yang bestnya hanya kami sahaja dalam bot yang luas itu, ada deck di atas, di hadapan dan di belakang. Kami juga diberikan minuman kopi atau coklat secara percuma. Tak dapat digambarkan betapa cantiknya permandangan. Apapun trip sebegini mengingatkan trip kami dengan bot sebelum-sebelum ini di Milford Sound, Bosphorus Strait dan Tasman Sea.  

Selesai aktiviti dengan bot kami berpeluang jalan-jalan di bandar Ohrid, di sini ada 3 masjid yang letaknya tidak jauh antara satu sama lain dan kami sempat solat di dalamnya. Kami tidak sempat berjemaah kerana setelah azan Maghrib mereka terus solat tanpa ada solat sunat. Jemaahnya pun tak ramai kalau tak silap ada 4 orang sahaja. Selesai aku dan abang ipar aku solat mereka merempat mengadap kami menyebabkan kami terpinga-pinga. Mungkin ada yang tidak kena pada mereka. Apapun dari pengamatan gaya mereka seperti sekte sufi.

Setakat ini sahaja dahulu. Hari ni adalah hari akhir Ramadan 1446 dan aku berpuasa 6 yang terakhir. Betul-betul last minit ni. Ada pendapat mengatakan puasa 6 tidak terbatas hanya di bulan Syawal kerana lafaz hadith sebut "min Syawal" bukan "fi Syawal" yang bermaksud bermula Syawal dan bukan pada Syawal. Apapun yang masyur biasanya orang akan habiskan dalam bulan Syawal juga, cuma bila tak sempat, ada halangan boleh sahaja disambung di bulan Rabiul awwal. Semoga Allah terima.    

Rabu, April 16, 2025

Derma Darah Bilangan Pertama 2025

Jadikan sebagai aktiviti rutin.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Awal pagi tadi sempat melayari beberapa catatan pada blog-blog yang diikuti. Entah macam mana terbaca catatan berkaitan derma darah di sini. Teringat pula yang selepas masuk kerja dari cuti raya tempoh hari ada menderma darah lantaran teringin pula membuat catatan berkenaannya di sini.

Sebenarnya dalam satu tahun seorang yang selalu menderma darah pun biasanya dua atau tiga kali sahaja dapat menderma. Antara sebabnya orang yang baru balik dari luar negara perlu tunggu dahulu sebulan walaupun dari segi masanya dah boleh menderma. Dari segi masa seorang boleh menderma setiap tiga bulan. Satu lagi bulan puasa, selalunya orang kurang semangat nak derma darah di bulan puasa. Mungkin takut ada masalah apa-apa atau mungkin bulan puasa ni agak suntuk masanya dan perlu sedikit sebanyak kurangkan aktiviti. Jika seseorang menderma di bulan puasa kira hebatlah, masa baca catatan rakan blogger tu baru tahu ada juga pusat derma darah yang buka waktu malam. Bagus juga pendekatan tu kerana biasa pusat derma ni di dalam hospital dan waktu bekerja memang paling  masalah sekali ialah isu parking kereta di hospital. Kadang tu orang jadi malas nak menderma kerana masalah parking. Apapun biasanya ada juga disediakan parking untuk penderma cuma bila kena nasib tak baik kenalah juga cari parking jauh dan berisiko kena saman.

Bila aku tengok semula buku derma darah aku, baru penuh satu muka surat iaitu 15 kali derma. Sikitlah tu berbanding suami rakan blogger tu dah dekat 40 kali. Apa pun sebolehnya sementara masih layak untuk menderma ni bantulah. Perasan bulan puasa dan lepas raya stok darah amat kurang. Ada juga aku share panggilan derma darah dari Hospital Pulau Pinang di laman fb.