Jumaat, Mac 17, 2006

Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 2)

Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 2):
Sepatutnya semakin banyak belajar semakin pandai,semakin lama hidup semakin matang atau semakin banyak berfikir semakin paham,akan tetapi hakikatnya diri Malim semakin bodoh, dan semakin mengelabah dan semakin tak reti.Maka terpaksa lah Malim membelek-belek kelakuan manusia dan binatang mencari-cari makna dan hakikat kebenaran kerana Malim sudah tidak mampu menilai dengan baik.Teringat lah Malim akan peristiwa sekira-kira dua tahun yang lampau.Ketika itu Malim bermenung-menungan di tepi hutan berhampairan kolam ikan Malim di kaki banjaran titiwangsa sana.Sedang melihat kabus tebal menyelubungi hutan banjaran titiwangsa,pandangan Malim tiba-tiba terlempar kearah seekor ibu ayam yang sibuk mengais-ngais dan mencakar tanah mencari makanan.Di belakangnya empat ekor anak itik yang masih kecil(sekira-kira baru beberapa minggu menetas)berebut-rebut mengutip makanan.

Lantas terpesonalah hati Malim seraya berbisik `Alangkah mulianya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini kerana dapat juga si anak itik menumpang kasih setelah kehilangan ibunya semenjak di alam telur lagi`.Akan tetapi sebaik sahaja menghampiri kolam anak-anak itik tersebut terus turun berenang sebagaimana layaknya itik berenang.Lalu tercengang-cengang lah si ibu memerhati dari atas tebing.Apa bila si anak berenang keseberang,demikianlah juga si ibu terpaksa berlari mengelilingi kolam menunggu di seberang,apabila berpatah haluan si anak itik ke kiri,berlarilah pula si ibu ayam ke kiri.Maka huru hara lah Malim lihat si ibu ayam cuba menjaga anak-anaknya(yang sebenarnya anak itik) sedangkan bersukarialah si anak itik bergolek-golekkan di permukaan air.Rasa terpesona dihati Malim tadi tiba-tiba bertukar kesal ke tahap karipap.Lalu keluarlah hukum kedua dari sanubari Malim `Alangkah zalimnya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini,selama manakah si ibu akan berlari-lari mengepung si anak kerana bimbangkan keselamatannya? Malim sebagai makhluk yang berperasaan dan berakal seharusnya menyelamatkan kerosakkan ini dari terus berlaku.


Maka bingkaslah Malim bangun lalu mencari-cari akan budak penjaga kolam tersebut untuk membetulkan keadaan.`eramkan telur ayam kepada ayam dan telur itik kepada itik nescaya tidak akan berlaku lagi kezaliman dari tangan-tangan manusia`khutbah Malim kepada budak penjaga kolam.`Sesungguhnya tuan kolam ini telah mati hatinya kerana tidak memahami bahasa-bahasa alam`Hukum Malim kali yang ketiga untuk pagi yang indah tersebut.Dengan bersopan santun dan penuh berbudi bahasa budak penjaga kolam menjawap`Tuan..ketahuilah bahawa kolam ini kepunyaan tuan dan tuan lah yang mengarahkan kesemua telur itik yang kami temui di tepi semak kepada ibu ayam tersebut`Malim terkesima.Serentak dengan itu fail-fail lama terbuka.Tanpa catatan haribulan yang pasti atau tarikh yang tertentu namun kisahnya amat jelas untuk Malim baca dan imbas semula.Empat biji telur ayam hutan yang Malim eramkan kepada itik juga mempersembahkan hakikat yang serupa.saban hari Malim menziarah telur-telur tersebut dan menanti-nanti saat ia menetas.Cuma terlepas pandang seketika Malim tiba-tiba ternampak empat ekor anak ayam hutan yang baru menetas berlari melintasi pagar dan terus masuk kehutan meninggalkan ibu itik yang masih mengeram...dan hari ini pada beberapa tahun kemudiannya Malim melakukan lagi kesilapan yang serupa.Malah terus berulang-ulang dan Malim menyedari perkara itu pada setiap kali ia berlaku.Bermula dari saat itu Malim semakin berhati-hati sebelum menghukum sesuatu yang terlihat dengan mata,kerana hukum Malim terlalu mudah berubah.


Menyedari hakikat itu Malim mencuba methode yang baru demi untuk tidak menghuru-harakan alam sekeliling.Malim sudah takut untuk campur tangan sewenang-wenangnya perihal makhluk-makhluk di sekeliling Malim.Malim tidak mahu kebodohan jiwa Malim akan menambahkan HAL-HAL yg lain kepad makhluk-makhluk yang lain.Tersedar dari alam kestrebenan Malim apabila suara keras budak penjaga kolam 1 sedang membebel menegur budak penjaga kolam 2 kerana kegemarannya memelihara burung.Sememangnya Malim sedar keliling warung ikan bakar di kolam Malim itu bergantungan sangkar balam dan tekukur.`zalim perbuatan kau ni tau tak,kau tak fikir ke anak bini burung tu tunggu laki dia..tunggu bini dia kat rumah.kau tangkap mak bapak dia..nanti anak-anak burung ni sapa nak jaga` Pantas hati Malim menjawap` tuhan`..ahhhh celaka sungguh.cepat saja Malim campur hal makhluk lain.Walhal Malim sudah banyak kali memperingatkan diri Malim sendiri akan kebodohan malim mentafsir hakikat.Apa yang Malim risaukan cuma HAL itu berlaku di depan mata Malim sendiri.


Penjaga kolam 2 yang agak berumur dan agak wara` meneruskan khutbahnya tentang perlunya kasih sayang sesama makhluk.Sesekali terhamburlah akan hadisnya yang lengkap bersama matan dan sanadnya sekali serta huraian yang panjang lebar.kepetahannya berbicara memaksa Malim memasang telinga menadah ilmu syariat yang sedap telinga Malim mendengarnya.`Jangan kita menzalimi sesama makhluk,tidak ada kasih allah bagi orang yang tidak mengasihi`ujarnya lagi sambil mengelap tumpahan teh tarik di hadapan meja Malim dengan sehelai tuala basah.Budak penjaga kolam 1 diam membisu sambil terus mengira sisik kaki tekukurnya.Mata Malim hanya melihat puluhan ekor semut diatas meja di sapu dengan tuala basah sambil mulutnya terus menghamburkan nasihat-nasihat yang diselang-seli dengan firman dan hadis.Kepala Malim semakin serabut-Bagaimana Malim akan menerima nasihat orang berilmu yang menegur sedikit kerosakkan sedang mereka melakukan kerosakkan yang lebih besar.
Related post: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan