Jumaat, Jun 02, 2006

Makanan, Halal & Belas Makanan

Soalan:
Saya seorang pelajar yang kini sedang menuntut di Moscow, Rusia. Saya ada sedikit kemusykilan berhubung dengan status makanan di sini. Maklumlah, hidup di negara penduduk majoritinya bukan Islam, hal makanan halal dan haram menjadi masalah kami di sini.

Saya ingin mengambil kesempatan bertanyakan kepada ustaz tentang makanan yang berasaskan sumber sayur-sayuran, susuan, yang pastinya halal tetapi melalui cara pembuatan yang tidak diyakini. Maksud saya, adakan jatuh haram makanan halal tadi jika dimasak di dalam bekas yang pernah digunakan untuk memasak khinzir? Harap ustaz dapat jelaskan.

Jawapan:
Makanan yang dimasak dengan menggunakan bekas yang digunakan untuk memasak khinzir adalah tidak boleh dimakan. Bekas yang digunakan itu terlebih dahulu hendaklah disamak sebelum ia digunakan. Bekas itu tetap dikira bernajis selagi mana ia tidak disamak.

Namun pandangan ini akan berubah sekiranya sudah tidak ada makan lain selain daripada makanan yang dimasak dengan bekas tersebut maka pada saat itu, bolehlah masakan daripada bekas itu dimakan, ini kerana memelihara nyawa itu lebih utama.

Selain itu, perlu diingat keharusan itu hanyalah untuk menyelamatkan keadaan yang darurat sahaja. Berusahalah terlebih dahulu untuk mendapatkan makanan yang bersih lagi halal yang menjadi tuntutan agama Islam.

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel keagama@utusan.com.my.

Related post: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan