
Happy to meet you, it was getting quite boring alone in here. Feel free to comment!
"TEMERLOH: Rahsia murung seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sejak setahun lalu terbongkar apabila dia mendedahkan diperkosa seorang guru kanan sebuah sekolah menengah di sini, lebih setahun lalu.p/s: ish3 penolong kanan sekolah manalah sangap sangat ni, anak murid sendiri tuu ... hmmmm ...
Mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang juga guru di sekolah sama, kelmarin, selepas didapati sering murung.
Dia bersama kakaknya membuat laproan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira jam 4 petang.
Dalam laporannya, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia dua kali dinodai guru berusia 40 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di kuarters guru dan bilik darjah pada 26 dan 29 Mac tahun lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik, berkata kakak mangsa mengesan perubahan sikap adiknya itu yang murung sejak beberapa bulan lalu.
Selepas didesak, katanya, pelajar itu menceritakan perkara sebenar kepada kakaknya.
Mangsa mendakwa dia dirogol guru berkenaan yang bertugas menjaga hal ehwal pelajar sekolah itu menyebabkan kakaknya terkejut.
Katanya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis menahan guru terbabit yang ketika itu sedang mengajar dalam sebuah kelas.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Hasil pemeriksaan mengesahkan dia pernah dirogol.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merahsiakan kejadian itu daripada"

"KUALA LUMPUR: Media alternatif jangan menganggap menulis apa saja, termasuk yang berbaur fitnah menerusi blog dalam Internet tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.p/s: risau la pulak. hihihi
Beliau berkata, dengan adanya teknologi canggih termasuk forensik siber, kerajaan dapat mengesan dan mengenal pasti penulis atau mereka yang memfitnah dalam talian atau blog walaupun menggunakan nama lain sebagai pelindung.
“Orang anggap media alternatif ini boleh lakukan apa saja, ia tidak benar kerana baru-baru ini ada kes membabitkan penulis blog dikenakan tindakan undang-undang.
“Walaupun hak menulis apa saja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul,” katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Kewartawanan Antarabangsa 2008, di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.
Seramai 34 wartawan dari dunia ketiga seperti Vietnam, Filipina, Zimbabwe, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia mengikuti kursus Felow Kewartawanan Antarabangsa anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama UM, bermula 13 April hingga 24 Mei depan.
Hadir sama, Ketua Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof Madya Dr Azarae Idris; Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga ada hak untuk membela mereka daripada menjadi mangsa penulisan yang tidak benar dan fitnah."
Samsung have announced the latest in their Dual Standby range, the D780, which features double SIM slots and the ability to register to two accounts simultaneously.
While add-on SIM holders that allow two cards to be fitted have been available for some time now, they usually require a power-cycle to swap between the two; the D780, however, can receive calls on either account at any time, and users can readily choose which number to dial out from.


| | Gmail |
| | Calendar (with a new snooze option!) |
| | Orkut |
RANDOMNESS © 2008. Blog design by Lucian E. Marin — Converted by Randomness! | This blog using Blogger platform!